Wednesday, January 21, 2015

Rakaman video papar aksi lelaki jadi wira selamatkan kanak-kanak daripada maut



Rakaman video papar aksi lelaki jadi wira selamatkan kanak-kanak daripada maut | Satu rakaman video memaparkan aksi seorang lelaki menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada maut selepas kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa hampir terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter. Rakaman daripada kamera keselamatan di satu kawasan bukit di sini itu memaparkan seorang lelaki, Mehmet Soysal sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum sebuah kereta sorong bayi yang membawa kanak-kanak berusia dua tahun tersebut tiba-tiba lalu di hadapannya.

Mehmet kemudian dilihat mencampak telefon bimbitnya dan terus berlari sebelum menangkap kereta sorong berkenaan yang hampir terjatuh ke dalam gaung berkenaan. Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin berkata, dia melepaskan kereta sorong bayi itu sebentar kerana mahu bercakap dengan suaminya dan tidak menyedari kereta sorong itu tiba-tiba bergerak dengan sendirinya. “Saya dan suami cuba mengejar kereta sorong bayi berkenaan tetapi tidak sempat kerana terlalu laju. “Mehmet adalah wira kami kerana anak saya mungkin terbunuh sekiranya dia terjatuh di dalam gaung yang dalam itu,” katanya. – Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!