Monday, February 9, 2015

Aneh! Air perigi ini cetus kehairanan



Aneh! Air perigi ini cetus kehairanan | Meskipun jaraknya hanya 15 meter dari pantai, namun sebuah perigi dekat Kampung Humusu C, mukim Insana Utara di daerah Timor Tengah Utara (TTU) di sini didapati tidak berasa masin seperti perigi-perigi lain yang terletak berhampiran pantai. Tambah unik, perigi bersaiz kecil milik Matheus Fui, 36, itu mempunyai jumlah air yang banyak meskipun hanya sedalam dua meter. Kelebihan yang dimiliki perigi itu yang terletak berhampiran balai polis Insana Utara sekali gus membolehkan pemilik dan orang ramai menggunakan air itu untuk kegunaan seharian.


Matheus ketika ditemui Kompas.com di kediamannya berkata, perigi itu digalinya pada tahun 2013 semasa berlangsung acara Sail Komodo menggunakan cangkul. “Ketika berlangsung acara Sail Komodo, saya membuka gerai di sini. Oleh kerana saya mengalami kesulitan untuk mendapatkan air, saya pun mencuba nasib menggali tanah di belakang gerai dengan harapan boleh mendapatkan air. “Biarpun masin, tetapi bagi saya itu bukanlah masalah. Ketika baru saja menggali pada kedalaman satu meter, air sudah memancut keluar dengan banyak dan lebih mengejutkan saya, air itu berasa tawar,’’ katanya.


Matheus berkata, dia langsung tidak menyangka perigi di belakang balai polis itu berasa tawar kerana sebuah lagi perigi yang letaknya kira-kira 100 meter dari premis itu mempunyai rasa masin termasuk perigi lain milik penduduk kampung di situ. Air tawar itu kata Matheus digunakan penduduk kampung untuk mandi, mencuci pakaian, dan membasuh pinggan mangkuk. Bagaimanapun, penduduk masih belum berani menggunakan air dari perigi tersebut untuk di minum. Matheus menambah, dia bercadang mengekalkan perigi itu dan membawa sampel air untuk analisa makmal bagi mengetahui sama ada air itu selamat diminum atau sebaliknya. -Kompas




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!