Wednesday, February 18, 2015

Ibu bunuh anak lelaki dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar



Ibu bunuh anak lelaki dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar | Seorang wanita Turki mengaku membunuh anak lelakinya berusia 10 tahun dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar. Wanita berkenaan, Nuray Sacan, 37, yang didakwa atas tuduhan membunuh memberitahu polis, dia bimbang kehidupan anaknya mungkin musnah kerana memiliki telinga besar. Nuray sebelum itu membayar kos pembedahan kosmetik untuk anaknya di Hospital Gazi di sini, tetapi dia tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan berkenaan.

Wanita itu kemudiannya membawa anaknya ke tandas hospital pada awal pagi sebelum menjerut mangsa sehingga mati dengan menggunakan skafnya. Dia ditangkap selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lagi kenderaan ketika tergesa-gesa melarikan diri dari hospital. Nuray mengaku membunuh anaknya ketika dia dibawa semula ke hospital dengan menaiki ambulans selepas terlibat dalam kemalangan itu. Dia memberitahu polis, kedua-dua telinga anaknya semakin besar selepas pembedahan kosmetik berkenaan.

“Anak saya semakin hodoh dan dia pasti malu apabila berdepan dengan rakan-rakannya. “Saya mengambil tindakan itu kerana mahu menyelamatkan anak saya daripada menjadi bahan ketawa,” katanya. Tambahnya, dia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk pembedahan kosmetik kerana anaknya sudah bertahun-tahun menjadi mangsa buli dan ejekan kerana mempunyai telinga besar. Seorang jurucakap polis, Alper Tore, mengesahkan wanita itu kini berada dalam tahanan polis kerana disyaki membunuh anaknya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!