Friday, February 13, 2015

Ibu dan anak berdepan detik cemas selepas mereka jatuh dan kedua tangan mereka tersekat pada eskalator sebuah kedai



Ibu dan anak berdepan detik cemas selepas mereka jatuh dan kedua tangan mereka tersekat pada eskalator sebuah kedai | Seorang ibu muda dan anak perempuannya yang berusia dua tahun berdepan detik cemas selama 45 minit selepas mereka berdua terjatuh dari eskalator sehingga menyebabkan tangan kedua-dua beranak itu tersekat di dalam eskalator tersebut di sebuah kedai di bandar Zigong, barat daya China, semalam. Menurut laporan Mail Online, kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki terjatuh di atas beg ketika dua beranak itu sedang menuruni tangga eskalator di kedai tersebut.

Imej kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ibu muda itu, Liu Chao, 27, sedang berdiri di eskalator bersama anaknya ketika beg itu terjatuh dari arah belakang mereka. “Ketika kejadian saya sedang memegang tangan anak perempuan dan merasakan ada sesuatu menghentam kami dari arah belakang menyebabkan kami berdua terjatuh. “Anak perempuan saya terjatuh dan tangannya tersekat di dalam eskalator dan ketika saya cuba membantunya tetapi malangnya tangan saya juga tersekat,” ujarnya. Chao berkata, ketika kejadian itu eskalator itu masih berfungsi sebelum orang ramai menutup suis eskalator itu.


“Saya tidak menyangka anak perempuan saya akan menjadi cacat, apabila pasukan penyelamat tiba mereka terpaksa menarik tangan saya dan anak saya dengan berhati-hati bagi memastikan tidak berlaku kecederaan yang serius kepada tangan kami berdua,” ujarnya yang masih trauma dengan kejadian tersebut. Dua beranak itu kemudian dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut tetapi mereka dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama kerana mereka tidak mengalami kecederaan yang serius. Lelaki yang menyebabkan kejadian itu keluar dari bangunan itu dan me­larikan diri. -AP




.

2 Penyokong CHELSEA:

ejulz on February 13, 2015 at 9:14 PM said...

seram.. takut gak kjadian cam ni.

ejulz on February 13, 2015 at 9:15 PM said...

Jemput singgah "Ketawa bersama, menangis bersama"


Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!