Sunday, February 8, 2015

Inilah tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kini menjadi rebutan ramai pihak



Inilah tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kini menjadi rebutan ramai pihak | Tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang dijatuhi hukuman gantung kini menjadi rebutan ramai pihak, dengan ada daripada mereka sanggup membida harga sehingga 4.6 juta pound (RM21.64 juta). Mail Online melaporkan, ketika ini berlaku `peperangan’ antara pembida yang berusaha memiliki tali yang disifatkan sebagai artifak bersejarah itu.

Tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet. “Beberapa orang pembida ada menunjukkan minat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antara mereka ialah dua orang usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.


“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed. Advertisement Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi. Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!