Saturday, February 14, 2015

Lelaki bertindak culik seorang wanita untuk dijadikan isteri kerana takut dibebel ibu bapa


Lelaki bertindak culik seorang wanita untuk dijadikan isteri kerana takut dibebel ibu bapa | Seorang lelaki yang tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk Pesta Musim Bunga dalam keadaan bujang mengambil langkah drastik apabila menculik seorang wanita untuk dikahwini. Lelaki berusia 32 tahun itu dikenali sebagai Liu dipercayai takut dibebel ibu bapanya jika pulang tanpa isteri, lalu menculik seorang gadis yang sedang berjalan pulang selepas selesai bekerja syif malam. Jirannya mendakwa Liu masih bujang kerana sikapnya yang gemar mengasingkan diri.

Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, Liu menyangka jalan terbaik adalah memaksa seorang wanita supaya menjadi isterinya bagi mengelak disoal bertubi-tubi ketika perayaan itu. Liu membuat persiapan dengan membeli tali dan beg sebelum melepak berhampiran tapak pembinaan tempat dia bekerja untuk mencari wanita sesuai. Mangsa pilihannya bernama Tan yang diculik selepas berpura-pura bertanya jalan sebelum diusung pulang ke rumah Liu.

Bagaimanapun, Tan bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas hanya dua jam. Teman lelakinya berkata: “Saya menerima panggilan telefon selama 20 minit daripada nombor yang tidak dikenali pada pagi itu. “Walaupun suaranya tidak jelas, saya yakin ia teman wanita saya dan dia dalam bahaya. “Saya mengesyaki dia disamun atau diculik jadi terus menelefon polis.” Ketika mengakui perbuatannya, Liu berkata dia tidak larat disoal keluarganya mengenai pasangan hidup. “Saya saja yang masih bujang dalam keluarga. “Saya tertekan kerana ibu bapa dan keluarga tidak habis-habis bertanya kenapa saya masih belum berkahwin setiap kali kami berkumpul pada Tahun Baru,” katanya. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!