Tuesday, February 3, 2015

Orang ramai gempar, kereta warga emas rempuh stesen minyak



Orang ramai gempar, kereta warga emas rempuh stesen minyak | Orang ramai yang sedang mengisi minyak dan membeli barangan di premis stesen minyak Petronas Ara Damansara, di sini, gempar apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback merempuh pintu cermin hadapan premis kira-kira 9 pagi tadi. Menurut pekerja stesen minyak itu, dalam kejadian terbabit terdapat beberapa pelanggan di dalam premis yang sedang membeli barangan dan berurusan di kaunter sebelum sempat menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandu seorang wanita warga emas berusia 61 tahun merempuh pintu hadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan membabitkan pelanggan stesen minyak itu dan wanita terbabit juga selamat. Difahamkan wanita berkenaan secara tidak sengaja menekan pedal minyak kenderaannya secara kuat ketika hendak meninggalkan stesen minyak terbabit sebelum merempuh premis berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.




.

1 Penyokong CHELSEA:

AYuNG on February 4, 2015 at 12:20 PM said...

kesian makcik ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!