Tuesday, February 3, 2015

Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana kapten pesawat terperangkap di luar kokpit selepas dia ke tandas






Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana kapten pesawat terperangkap di luar kokpit selepas dia ke tandas | Seorang kapten pesawat Delta Air Lines terperangkap di luar kokpit selepas dia pergi ke tandas, ekoran pintu kokpit tidak boleh dibuka kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas setibanya di Las Vegas. Kapten tersebut yang tidak didedahkan identitinya, bagaimanapun berjaya menenangkan para penumpang dan memaklumkan bahawa pesawat tersebut akan melakukan pendaratan cemas sebaik-baik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mc­Carran.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Minneapolis ke Las Vegas pada Khamis lalu. “Tuan-tuan dan puan-puan, saya kapten pesawat ini dan saya terkunci di luar kokpit!” katanya selepas menyedari pintu kokpit mengalami masalah teknikal dan tidak boleh dibuka. Portal, Mail Online melaporkan, ekoran kejadian itu, menyebabkan anak kapal pesawat itu membuat panggilan kecemasan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran. Bagaimana pun, pesawat yang membawa 168 orang penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat dengan dikemudi oleh pembantu juruterbang.


Saksi kejadian, Curry Russell yang merekodkan kejadian itu berkata, keadaan dalam pesawat agak `gila’ tetapi pada masa sama dia berasa teruja. Seorang lagi penumpang, Jesse Dougherty memberitahu agensi ABC News, pada separuh perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam itu, dia melihat kapten pesawat itu berada di luar kokpit. “Orang ramai berasa panik dan keliru dengan situasi tersebut,” katanya. Pembantu juruterbang pesawat Md-90 itu menggunakan kawalan di tempat duduknya untuk mengemudi pesawat itu kerana dia lebih cekap menggunakan sistem susun atur kawalan di tempat duduknya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!