Friday, February 6, 2015

Ratusan ibu bapa panik terima mesej anak hilang selepas pihak sekolah salah hantar sms



Ratusan ibu bapa panik terima mesej anak hilang selepas pihak sekolah salah hantar sms | Beratus-ratus ibu bapa di sebuah sekolah rendah di Britain, panik apabila pihak pengurusan sekolah salah menghantar laporan menyatakan anak mereka hilang menerusi perkhidmatan mesej automatik. Menurut laporan portal berita The Telegraph, kejadian itu berlaku di Sekolah Wadebrigde di Cornwall, England, pada Isnin lalu apabila sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), dikenali sebagai Truancy Call yang digunakan oleh sekolah berkenaan, memaklumkan kepada setiap ibu bapa bahawa anak mereka tidak hadir ke kelas.

Malah, selepas mendapat mesej tersebut kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), semua ibu bapa berasa panik kerana menyangkakan anak mereka terlibat dalam kemalangan atau ponteng kelas. Ibu kepada seorang murid lelaki, Sharon Meehan, 42, berkata, suaminya seperti orang hilang arah apabila menerima mesej itu.

“Kejadian itu sangat membimbangkan kerana anak saya pada waktu itu sepatutnya sudah tiba di sekolah. “Apa yang lebih buruk, insiden berkenaan membuatkan saya berasa takut selama setengah jam dan kejadian ini sudah berlaku dua kali,” kata Meehan sambil menambah, dia mahu pihak sekolah mengatasi masalah berkenaan. Sementara itu, Guru Besar Sekolah Wadebrigde, Tina Yardley berkata, pihaknya telah memohon maaf kepada semua ibu bapa ekoran kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa pihak pengurusan tidak menyedari mesej berkenaan disebarkan secara automatik. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!