Monday, November 26, 2018

Penyanyi Elyana mengakui ambil anak angkat yang dinamakan Tulus



Penyanyi Elyana mengakui ambil anak angkat yang dinamakan Tulus | Penyanyi, Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki penghidap sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lepas. Elyana,31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu berita tersebut menerusi laman Instagram semalam. “Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya. “Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.

Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun. Terdahulu, pelantun Tak Tercapai Akalmu ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung. -Kosmo



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!