Sunday, December 2, 2018

Ibu bapa didakwa abai anak kesejukkan dalam kereta demi merasa wine dalam sebuah bar


Ibu bapa didakwa abai anak kesejukkan dalam kereta demi merasa wine dalam sebuah bar | Sepasang suami isteri didakwa di mahkamah kerana meninggalkan dua anak kecil mereka kesejukan di dalam kereta sementara kedua-dua mereka pergi merasa wine di sebuar bar, minggu lalu. Menurut pihak berkuasa, Christopher Lucas, 41, dan Jennie Chang, 46, ditangkap pada Sabtu lalu selepas polis menerima aduan dari orang awam, lapor ABC News. Laporan itu dipetik, dua kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam sebuah kereta. Ketika kejadian, kereta pasangan itu dalam keadaan berkunci dan enjin tidak dihidupkan.

Suhu ketika itu berada kira-kira 33 darjah Celsius, walaupun satu jam sebelum berada di bawah paras beku. "Kanak-kanak tersebut ditinggalkan selama satu jam dalam kereta oleh ibu bapa mereka. "Dua beradik itu kemudiannya diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke pusat perlindungan kanak-kanak dan keluarga,” kata pegawai polis itu. Kanak-kanak lelaki itu berumur 22 bulan manakala, kakaknya berusia 2 tahun 6 bulan. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!