Wanita ini akui tidak sedar sudah hamil selama 9 Bulan | Umumnya, pada minggu awal kehamilan, wanita pasti dapat merasakan bahwa dirinya sedang mengandung. Namun, hal tersebut tidak terjadi pada Katherine Kropas (23) yang mengaku sama sekali tidak tahu menahu kalau dalam perutnya sedang membesar seorang janin. Bagaimana mungkin? Berikut kisahnya. Suatu malam, Kropas merasakan nyeri dan sakit luar biasa pada bahagian perut dan punggung bahagian belakang. Sakit yang menderanya tersebut seperti melumpuhkan seluruh tubuhnya, sehingga tanpa menunggu lama, Kropas segera pergi ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan rutin, doktor menyatakan bahawa Kropas sedang mengandung lima minggu.
Namun, setelah melakukan proses ultrasound, doktor bingung. Sebab, ternyata kandungan Kropas sebenarnya telah berusia sembilan bulan. Jadi, menurut doktor, rasa sakit perut yang dialami oleh Kropas merupakan proses awal melahirkan. Satu jam kemudian, melalui pembedahan, bayi Kropas pun lahir dengan selamat dan sihat. Kropas mengaku selama sembilan bulan terakhir, dirinya sama sekali tidak tahu atau setidaknya sedar bahawa dirinya tengah mengandung. Hal tersebut disebabkan dia ada mengambil pil pencegah kehamilan secara rutin.
“Aku memang merasa berat badanku bertambah, tapi aku fikir itu kerana aku makan terlalu banyak ketika hari krismas,” terangnya. Kemudian, gejala hamil lainnya yang tidak dia sedari adalah kakinya yang membengkak. Mengenai hal ini, Kropas berfikir, ianya disebabkan dirinya terlalu aktif bekerja di restoran sebagai pelayan. Jika perempuan lainnya menunggu dan menikmati masa kehamilan selama sembilan penuh, hal sebaliknya terjadi pada Kropas. Sebab, dirinya baru tahu hamil pada jam 10.15 malam lalu melahirkan satu jam kemudian, tepatnya sekitar jam 11.06 malam. Kropas menamakan puteri pertamanya, Ellen Olivia Keefe. Bayinya ini lahir dengan berat badan empat kilogram dua ons. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment