Wednesday, December 26, 2018

Warga emas pura-pura sakit jantung selepas kantoi ambil gambar gadis dalam tren



Warga emas pura-pura sakit jantung selepas kantoi ambil gambar gadis dalam tren | SEORANG lelaki berpura-pura diserang sakit jantung, selepas perbuatannya mengambil gambar seorang gadis di dalam tren terbongkar. Rakaman video menunjukkan lelaki warga emas itu yang sedang duduk sambil memegang telefon bimbitnya didatangi beberapa penumpang lain. Tidak lama kemudian, seorang pegawai polis cuba menghalau lelaki itu keluar daripada kereta api tetapi dia enggan berganjak dari tempat duduknya. “Saya tidak akan keluar, tembak saya,” katanya. Secara tiba-tiba, lelaki itu memegang dadanya dan mengerang kesakitan. Insiden dipercayai berlaku di Buenos Aires, Argentina, selepas beberapa penumpang mendakwa lelaki tersebut mengambil gambar seorang gadis secara senyap-senyap.

Mereka memintanya untuk memadamkan gambar itu tetapi lelaki tersebut enggan berbuat seperti yang disuruh menyebabkan keadaan di dalam kereta api terbabit menjadi tegang selama 10 minit. Ketika diminta memadamkan gambar itu, lelaki tersebut berkata:”Anda bukan bos saya.” Lelaki itu berkata, dia mengambil gambar gadis tersebut kerana berpakaian menjolok mata. Video tersebut dimuat naik di Facebook oleh Yanina Sofia Scavone dan menjadi tular sehingga mendapat 1.2 juta tontonan. Lelaki itu akhirnya berjaya dihalau keluar dari kereta api terbabit. - Mirror Online




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!