Wanita terima surat lahir anaknya yang baru lahir dan sijil kematian suami pada hari yang sama | DALAM satu situasi, seorang wanita Arab Saudi menerima sijil kelahiran anak perempuannya yang baru lahir dan sijil kematian suaminya pada hari yang sama. Ia berlaku pada tanggal 4 November 2018. Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan, Umm Lutein keliru sama ada mahu meraikan kelahiran bayi perempuannya atau mahu meratapi kematian suaminya. Pengguna media sosial sangat tersentuh dengan nasib yang dialaminya selepas kisah ini tersebar .Suaminya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Dia yang mati otak ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama beberapa hari sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya. Pada masa yang sama, bapa saudara kepada bayi yang baru lahir itu menerima sijil kelahiran bayi perempuan itu.Ini bermakna, Lutein menerima kedua-dua sijil pada hari yang sama. Wanita itu berkata suaminya telah dibuang dari perkhidmatan tentera, justeru dia tidak akan menerima Pencen Insurans Sosial. Dia berharap dapat menghabiskan pengajiannya dalam PhD. -Khaleej Times
* Sekadar gambar hiasan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment