Wednesday, January 2, 2019

Wanita tidak boleh makan selama lima bulan kerana hidap penyakit kronik



Wanita tidak boleh makan selama lima bulan kerana hidap penyakit kronik  | SEORANG wanita tidak dapat makan selama lima bulan kerana mengalami penyakit kronik yang menyebabkan dia berasa sakit setiap kali cuba untuk makan. Hannah Ritchie akan muntah sehingga enam kali sehari dan berlari ke tandas hampir 30 kali disebabkan oleh keadaan penghadamannya yang kronik dan otot perut yang lumpuh. Wanita berusia 20 tahun itu mungkin tidak akan menikmati makanan kegemarannya seperti pizza, biskut dan stik lagi selepas ini kerana dia perlu mendapatkan nutrisi melalui IV. Bagaimanapun, pelajar tersebut menemui ketenangan melalui penghasilan vlog untuk membantu mereka yang turut mengalami penyakit gastroparesis sepertinya. Hannah menjalani pembedahan pada awal tahun ini untuk memotong pilorus, iaitu otot yang membenarkan perut untuk dikosongkan. Tiub itu memberi nutrisi secara langsung ke usus kecil melalui hidungnya.

Pelajar kewartawanan itu berhenti makan sepenuhnya selepas pembedahan dijalankan pada Julai, dan keadaannya kini bertambah baik. Hannah kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa makanan. "Saya harap saya boleh bangun dan pergi ke universiti seperti orang lain tetapi saya tidak boleh. Kadang-kadang rasa sangat tidak adil, tetapi pada masa yang sama, saya tidak boleh membiarkan penyakit ini mengawal hidup saya. "September lalu saya bercuti bersama keluarga ke Eropah dan walaupun ia mengambil begitu banyak perancangan disebabkan oleh penyakit saya ini, itu adalah pengalaman yang paling menggembirakan." Hannah turut berharap keadaannya akan bertambah baik bagi membolehkannya menamatkan ijazah kewartawanan dalam talian dan akhirnya melalui kehidupan yang normal. - Mirror UK Memandangkan prosedur itu tidak berkesan, Hannah terpaksa memakai tiub suapan sementara yang memintas perutnya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!