Monday, April 15, 2019

Lelaki 50 tahun hampir putus 4 jari kerana main layang-layang ketika angin kencang


Lelaki 50 tahun hampir putus 4 jari kerana main layang-layang ketika angin kencang | ORANG kata, malang tak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila empat jarinya terpotong sewaktu bermain layang-layang, baru-baru ini. Aktiviti suka-suka yang dilakukan lelaki berusia 50 tahun itu bertukar tragedi apabila angin kencang melanda. Menerusi imbasan X-ray, jarinya mengalami kecederaan teruk termasuklah di bahagian tapak tangan. Kejadian itu berlaku di bandar Nantong, China.

Akibat kejadian itu, mangsa yang enggan didedahkan identitinya terpaksa melalui pembedahan selama 16 jam. "Kami mula bermain layang-layang sewaktu cuaca mula berubah. "Saya tak dapat lepaskan tali layang-layang dari jari sewaktu ia berlaku," ujar mangsa. Pembedahan dilakukan pada 10 April lalu dan mangsa kini sedang dalam proses untuk pulih. - Mirror.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!