Saturday, October 30, 2010

Terry sedia rempuh


Ketua pasukan Chelsea, John Terry mengingatkan rakan pasukan supaya bersedia sepenuhnya apabila menentang Blackburn Rovers dalam pertembungan Liga Perdana England, hari ini. Ini kerana Blackburn menjadi salah satu pasukan yang dikritik oleh pengurus Fulham, Danny Murphy baru-baru ini, kerana sengaja menakut-nakutkan lawan dengan gaya permainan keras.
Terry tidak mengulas mengenai permainan keras Blackburn, sebaliknya pemain pertahanan England itu mengingatkan rakan sepasukan mengenai keadaan fizikal lawan di Ewood Park.
Skuad Carlo Ancellotti mendahului carta liga dengan kelebihan lima mata.
Lantaran itu, Terry menyedari mereka perlu berjuang hingga ke detik akhir perlawanan.
"Saya rasa kritikan itu (permainan keras) sangat tidak adil, terutama sekali apabila menentang Wolves dan Blackburn.
"Kami sedar beraksi Blackburn adalah perlawanan yang sukar.
''Namun, ia adalah sebahagian daripada bola sepak dan saya fikir, mereka mendapat banyak kritikan yang tidak adil.
"Kami tidak boleh ke sana dan menjangka akan memperolehi tiga mata mudah.
''Kami perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan di sana nanti," ujar Terry.
Sementara itu, Arsene Wenger menegaskan Arsenal mempunyai skuad yang cukup kuat untuk mencabar trofi terbesar musim ini.
Skuad Gunners, yang akan menentang West Ham hari ini, naik ke tangga kedua liga selepas mengalahkan Manchester City 3-0.
Kemenangan itu menyebabkan Wenger percaya ia merupakan bukti bahawa skuadnya 'laparkan kejayaan'.
Walaupun ia sekadar Piala Liga, yang biasanya dipandang rendah oleh Wenger, ia merupakan sasaran serius mereka tahun ini, ketika Arsenal mahu menamatkan kemarau kejuaraan selama lima tahun.
"Saya berkata kepada pemain bahawa kami akan mencapai apa sahaja yang kami mampu.
''Kami tidak memilih mana-mana pertandingan. Saya percaya, kami mempunyai skuad yang bagus untuk memenangi trofi.
''Kami akan mara sejauh yang mungkin," ujar jurulatih dari Perancis itu.
Sementara itu, Manchester United pula sekali lagi akan menggunakan penyerang muda Mexico, Javier Hernandez untuk mengisi tempat Wayne Rooney pada pertemuan dengan Tottenham, hari ini.
Dengan Rooney menjalani rawatan di Dubai, Hernandez berpeluang untuk mempamerkan bakat semulajadinya dalam percubaan United untuk merapatkan jurang dengan Chelsea.
Hernandez meledak dua gol pada perlawanan hujung minggu lalu di Stoke.
Dia kemudian beraksi sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol pada saat akhir untuk menewaskan Wolves dalam Piala Liga.
"Walaupun dia masih baru, dia memberikan aksi yang menakjubkan.
''Dia muda, tajam dan penyudahnya hebat," kata Michael Owen.
Musuh ketat United, Manchester City memerlukan respon segera selepas kalah kepada Arsenal, apabila menentang Wolves di Molineux.
Liverpool pula memasang impian keluar dari zon penyingkiran, apabila menentang Bolton.



P/S - Impian nak keluar dari zan penyingkiran je? Tak nak jd juara liga?




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!