Thursday, November 4, 2010

Edlin AF2 Masih 'Hidup'


Penyanyi Edlin yang dilahirkan menerusi program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) masih setia dan cintakan dunia seni hiburan tanah air walaupun tidak mendapat publisiti.

Pemilik nama sebenar Edlin Datuk Abdul Rahim, 27, ini akui kerja yang dilakukannya sekarang seperti berlakon teater kurang mendapat pendedahan media elektronik dan cetak.
Bukan itu sahaja, lagu-lagu yang telah dirakamkan oleh anak sulung daripada dua beradik ini juga pernah ditolak oleh stesen radio dan kini hanya sekadar dijadikan koleksi sendiri.

Biarpun pelbagai ranjau cabaran dilaluinya, Edlin tidak pernah mengaku kalah dan masih setia untuk bekerja dalam industri ini.
“Saya anggap belum sampai rezeki untuk membuat album lebih-lebih lagi dengan keadaan industri muzik sekarang.

“Walaupun tiada album, saya masih lagi menyanyi dan menjayakan persembahan tertutup dan persembahan anjuran Astro,” katanya dalam satu temubual di Menara Star, di sini, Rabu.
Antara aktiviti yang diaturkan oleh pihak Astro termasuklah Gempak Selebriti Astro dan Marhaban Astro.
Edlin bersyukur kerana sepanjang tujuh tahun ini Astro tidak pernah terkecuali memanggilnya bagi menjayakan persembahan.

“Saya bukan merupakan artis bawah naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) tetapi sehingga kini Astro tidak pernah lupa untuk mengundang saya menjayakan mana-mana persembahan.

“Selain mengikuti program anjuran Astro, saya juga aktif berlakon teater muzikal dan bangsawan. Setakat ini saya telah berlakon dalam tujuh buah teater seperti Aladdin dan Dendam Tanjung Puri,” ujarnya yang turut bekerja sebagai ‘setiausaha’ bapanya di rumah.
Bapanya bekerja sebagai ahli perniagaan dan Edlin membantu menguruskan jadual kerja bapanya itu.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!