Orang ramai yang berada berdekatan bengkel membaiki kenderaan di Simpang Pasak-Lebuh Raya Desaru di sini gempar apabila salah seorang pemilik premis itu ternampak seekor ular tedung selar yang cuba menelan seekor biawak pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, pemilik premis aksesori dan penyelenggaraan alat penghawa dingin Canggih, Nuraiman Abdullah, 33, ternampak ular sepanjang kira-kira empat meter cuba menelan biawak itu, namun gagal kerana bahagian kaki mangsanya yang lebar.
Ekoran itu, ular tersebut memuntahkan semula mangsanya dan menyusur masuk ke rumpun pokok pandan di belakang bengkel berkenaan.
Bimbang reptilia itu membahayakan keselamatan orang ramai, Nuriman menghubungi anggota bomba dan penyelamat untuk menangkap ular berbisa itu.
Menyedari kehadiran anggota bomba yang diketuai Jalalluddin Ghazali, reptilia itu kemudian cuba melarikan diri ke dalam longkang berhampiran dan masuk ke pintu belakang sebuah bengkel.
Namun, ular tedung itu berjaya ditangkap apabila menyorok di bawah timbunan alatan gantian kenderaan dan kotak kosong.
Ular itu kemudiannya dibawa ke Balai Bomba Jalan Tun Habab di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Sementara itu, Nuraiman tetap melahirkan kebimbangan kemungkinan ular tedung selar itu mempunyai pasangannya kerana belakang bengkelnya terdapat belukar dan ladang sawit persendirian.
Counting to my birthday on 28 Mei..
.
1 Penyokong CHELSEA:
HUHU
SIAN DIE KEMPUNAN
Post a Comment