Sunday, October 2, 2011

James Bond kulit hitam pertama?


Pelakon yang dikenali menerusi drama HBO, The Wire, Idris Elba disebut-sebut bakal menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond yang seterusnya.
Jika ia menjadi realiti, Elba akan 'dinobat' James Bond kulit hitam pertama dalam filem bersiri sejak tahun 1962 itu.

Idea pemilihan itu datang dari Craig sendiri selepas melihat Barack Obama yang berkulit hitam dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

Elba ketika ditemuramah rangkaian televisyen CNN baru-baru ini menyatakan yang dia amat berminat dengan watak tersebut tetapi tidak mahu digelar 'James Bond berkulit hitam yang pertama'.
"Sean Connery tidak digelar sebagai James Bond rakyat Scotland dan Daniel Craig juga tidak dipanggil dengan gelaran James Bond bermata biru.

"Jadi, jika saya memainkan watak itu, saya tidak mahu digelar James Bond berkulit hitam," katanya.
Elba semakin memantapkan popularitinya apabila mendapat dua pencalonan Anugerah Emmy tahun ini bagi lakonannya dalam The Big C dan drama siri pendek, Luther.







.

3 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 2, 2011 at 10:34 PM said...

sejak Obama jadi presiden, berbagai watak Utama dalam filem telah digantikan oleh hero berkulit hitam. selepas Spiderman, giliran James Bond plak...

agaknya Jurulatih Chelsea pun bakal digantikan dengan coach berkulit hitam... hehehe.. Tunggulah selesai musim. Konfom kena pecat lagi tu.. ekekeke

Kancil 8349 on October 3, 2011 at 12:01 AM said...

semoga impian tercapai

Lulu Caldina on October 3, 2011 at 8:20 AM said...

@Gen2Merah takpe, chelsea banyak duit :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!