Sunday, October 2, 2011

Mereka serentak menerimanya..


Tiga sekeluarga dianugerahkan diploma dan ijazah masing-masing serentak dalam Istiadat Konvokesyen Keenam di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.
Pasangan Dr. Mokhtar Ibrahim, 57, dan isterinya, Dr. Hamidah Alus, 54, bersama anak mereka, Farah Layana, 24, menerima diploma dalam istiadat yang disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mokhtar dan isteri dianugerahkan Diploma Eksekutif Pengurusan Projek, manakala Farah Layana menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Teknologi Gas.
Ketua keluarga itu yang juga Pengarah Urusan Kayrul Constructions Sdn. Bhd. ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana berpeluang menerima diploma bersama isteri dan anaknya.

"Semua penat lelah kami sekeluarga selama ini hilang apabila mengecapi kejayaan dan menjadi kenangan bermakna bagi kami sekeluarga," katanya di sini semalam.
Hamidah pula berkata, beliau komited menyambung pengajian di universiti tersebut meskipun sibuk menguruskan perniagaan berasaskan hidroterapi.







.

3 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on October 2, 2011 at 10:01 AM said...

wah bestnya anak beranak dapat ijazah...macam nak pasang impian macam nielah

Ce'gu JAERA on October 2, 2011 at 11:05 AM said...

keuarga yang bahagia,.. menuntut ilmu biarlah hingga ke akhir hayat kan..

alia zainol on October 2, 2011 at 2:20 PM said...

UMP! haha :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!