Friday, January 11, 2013

Apa kata ND Lala mengenai hubungan Shila Amzah dan cinta hatinya, Sharnaaz


Bohong andai dikatakan hatinya tak tersentak setiap kali timbul cerita kurang enak membabitkan anak kesayangan, Shila Amzah dan pelakon, Sharnaaz Ahmad diperkatakan peminat. Namun, sebagai bapa, N D Lala sebolehnya mahu bersikap rasional - tidak sesekali mengherdik atau memarahi Shila yang makin memuncak popularitinya sekarang. Misalnya, insiden berbalas mesej Twitter antara Shila dan Sharnaaz sejurus memenangi trofi pada Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, baru-baru ini, disifatkan berpunca daripada keghairahan anaknya meraikan kejayaan hingga alpa dengan apa yang diluahkan dalam forum sosial itu.

Enggan menyalahkan sesiapa, N D Lala menganggap kesilapan dilakukan Shila mengajarnya menjadi lebih matang dan berhati-hati ketika meluahkan isi hati. Malah, N D Lala juga menegur sikap anak sulungnya itu yang sering menyebut cinta hati tatkala menjulang anugerah. Ini kerana bagi N D Lala yang berpengalaman luas dalam dunia seni, ungkapan itu suatu publisiti murah yang tidak perlu dilakukan.



Tak pernah duduk berbual 

Mengakui anaknya intim dengan Sharnaaz, N D Lala bagaimanapun tidak pernah menganggap mereka adalah pasangan bercinta. N D Lala juga tidak menghalang anaknya berkawan rapat dengan sesiapa saja asalkan dia mengawasi Shila. Saya tidak kenal siapa Sharnaaz secara mendalam. Jadi, tidak adil untuk saya memberi komen sama ada suka atau tidak kepada dia. Tidak timbul soal jodoh atau perancangan masa depan mereka. Ini kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga. Dia (Sharnaaz) sering datang ke rumah kalau ada majlis atau kenduri. Tetapi saya dan dia tidak pernah duduk bersembang atau berbual. Kalau jumpa di rumah pun dia cuma tegur Hi Uncle. N Lala berkata, dia sering sering mengingatkan anak-anak bahawa soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditentukan Allah. Saya berpesan jangan sesekali menghebahkan sebarang perancangan bagi perkara yang tidak pasti. Mungkin esok atau lusa dengan orang lain, kita tidak tahu dan ia akan menjadi buah mulut orang, katanya.



Buang isu remeh 

Menyedari Shila sedang meniti puncak seni, N D Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah lebih selesa memfokuskan perhatian kepada perjalanan seni anaknya itu daripada mengambil tahu hal remeh membabitkan peribadi Shila. Sering dilihat menemani Shila di setiap majlis sejak akhir-akhir ini bukanlah bererti N D Lala mahu menghalang anaknya bersama Sharnaaz. Dua belas tahun Shila menantikan saat ini. Takkanlah dia nak melepaskan peluang yang ada dengan masalah peribadi? Soal kontrak dia dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap pada dia, kalau nak berjaya dan mencapai impian yang diingini, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan karier.

Dia masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi teruja sampai terkeluar ungkapan yang tidak sepatutnya. Tetapi dia sudah belajar daripada kesilapannya itu. Saya cakap pada dia, ini bukan kesalahan tetapi kesilapan yang tidak disengajakan dan kalau berlaku kali kedua, itu baru kesalahan. Tidak timbul soal saya menghalang atau melarang Shila berkawan dengan sesiapa pun kerana itu kehendak dia. Hari ini berlakon dengan orang lain, esok menyanyi dengan orang ini pula. Jadi, dengan sesiapa saja dia boleh berkawan atau keluar tetapi saya kena ambil tahu, sebab dia masih tanggungjawab saya sebagai seorang bapa selagi dia belum berumah tangga, katanya.



Susun strategi mulai 2013 

N D Lala teruja berbicara soal masa depan Shila. Menurutnya, anaknya mahu memberi perhatian serius kepada karier seninya dan mengejar impian menjadi artis bertaraf antarabangsa. Menganggap Shila seorang anak yang kuat berusaha dalam menggapai impiannya, N D Lala tidak mahu melihat cita-cita anaknya itu terkubur. N D Lala tidak mahu lagi melihat anaknya terlalu memberi tumpuan kepada hal peribadi. Ini kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada karier dan kontraknya dengan Shanghai Media Group.

Banyak perancangan yang saya cuba aturkan untuk perjalanan karier seni Shila sepanjang tahun ini seperti menanti tarikh World Music Awards 2012 di mana Shila tercalon dalam dua kategori iaitu Worlds Best Female Artist dan Worlds Best Entertainer Of The Year. Shila juga berulang-alik ke Shanghai untuk belajar bahasa Mandarin serta merakamkan album Mandarin dan Inggeris di sana. Manakala, album Melayu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, katanya yang sibuk menguruskan Shila dan syarikatnya, The Right Entrepreneur Sdn Bhd.



Bukan seperti remaja lain 

Masih dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, N D Lala menganggap tumpuan diberi terhadap Shila sekarang menjadi petunjuk untuk dia mengembangkan kariernya. Tidak mahu terperangkap dalam kepompong dunia seni tempatan yang kecil, N D Lala mahu melihat bakat Shila diangkat di peringkat antarabangsa. Baginya, kepuasan Shila dalam menggapai apa yang diingini adalah matlamatnya. Mengakui Shila membesar tidak seperti remaja lain kerana banyak menumpukan kepada bidang seni, ia sebenarnya bukanlah kemahuan N D Lala dan isteri, Fauziah Sarman. Sebaliknya, ia adalah kehendak anak-anaknya sendiri. Baginya, apa saja kemahuan dan kehendak anak-anak, sebagai ibu bapa mereka sentiasa menyokong dan tidak pernah melarang.-BH






.

2 Penyokong CHELSEA:

mekjangok on January 11, 2013 at 8:37 AM said...

itu la,sibuk sgt dgn cinta hati dia tu, kekdg org pun meluap jugak kan...tiap kali ckp mesti 'cinta hati' nak kena mention...dulu akak mmg suka dia..lately nie dah suam2 kuku...huhuhu

Unknown on January 11, 2013 at 2:36 PM said...

hai...nasib la ada bapa yang rasional...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!