Alhamdulillah... Televisyen Britain akan siarkan azan ketika Ramadan | Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi. Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain.
Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun” Ralph Lee, Ketua Program Channel 4
Semakin disambut baik
Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan. Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.“Jangan lupa, agama Islam antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain. “Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia bawah 25 tahun.” Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.
“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi. Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.
“Ramadan masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.” Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4. “Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.” - AGENSI
.
5 Penyokong CHELSEA:
Alhamdulillah...nmpaknya semakin brsinar islam di Brits,walaupun beberapa hari/minggu ada konflik di sana. Russia dah lama ada channel Islam di sana.
ini sangat bagus ni.. semoga Islam semakin diterima di eropah..
Ini zaman sudah terbalik, org barat semakin sinar cahaya Islamnya, kita semakin lama semakin jauh cahaya Islamnya..Muhasabah utnk diri sendri
penghormatan buat umat islam di britain khasnya dan umumnya buat seluruh umat islam sedunia.. tumpang gembira...
Tumpang gembira, alhamdulillah. Moga sinar Ramadhan kali ini membawa rahmat pd seluruh umat Islam.
Post a Comment