Apa kata Lisa Surihani mengenai zuriat / kelahiran anak? | SETIAP pasangan yang berumah tangga, pasti mengimpikan kelahiran zuriat. Begitulah dirasai aktres, Lisa Surihani, 27. Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa. "Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. "Kalau merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua. Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya.
"Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya," katanya yang ditemui ketika majlis Ramah Mesra bersama Garnier dan Lisa Surihani.
Mengakui agak sepi tanpa tangisan kanak-kanak, pelakon filem 'Istanbul Aku Datang' ini berkata, dia amat sukakan kanak-kanak apabila melihat mereka membesar dan juga cara pemikiran mereka. "Pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan hati saya sentiasa gembira apabila melihat gelagat mereka yang comel. "Bila ada masa terluang saya akan bersama anak buah Arian Saif yang sentiasa membuatkan saya ketawa," katanya. -SH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment