Buruh dan dera anak kekasih hingga mati hukumannya hanya dijel 5 tahun | Seorang buruh yang baru bertunang terpaksa menerima hakikat dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mendera anak perempuan teman wanitanya dengan memukul mangsa sehingga mati, tahun lalu. Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku bersalah menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, di sebuah rumah di Jalan Seri Emas, Taman Seri Telok Emas di sini pada pukul 4 petang, 1 September tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam, Collin Andrew yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap anak guamnya ekoran pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada polis semasa siasatan. "Tertuduh juga baru bertunang dan ibu bapanya menghidap penyakit kencing manis," kata Andrew.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kecederaan yang dialami mangsa adalah berpunca daripada perasaan geram tertuduh. "Selain itu, tertuduh mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman berat boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga orang lain," katanya. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Februari 2012. -Utusan
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian dekat anak itu...
Post a Comment