Tuesday, July 9, 2013

Cerita terkini Irma Hasmie


Cerita terkini Irma Hasmie | Walaupun tiada pembantu rumah juga pengasuh, namun tidak menjadi masalah besar buat pengacara Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer untuk menjaga anak sulung mereka yang kini mencecah usia tiga bulan. Sebaliknya Irma dan Redza bergilir-gilir menjaga bayi mereka yang diberi nama, Redza Syah Irfhan. "Kami tiada pembantu, setakat ni. Redza yang minta supaya tidak ambil pembantu. Jadi kami ambil keputusan untuk menjaga Irfhan secara bergilir-gilir. Pagi seawal jam 6 pagi saya dah keluar rumah kerana program saya, Assalamualaikum bermula jam 8 hingga 10 pagi. Jadi waktu pagi, ayah dia akan jaga. Selesai tugasan di studio saya pula akan mengambil alih tugas menjaga Irfhan. "Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah . Lagipun Irhfan kecil lagi, tungguah dia besar sikit, InsyAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan", kata Irma Hasmie ketika di temui pada majlis sidang media Baby & Ekspo 2013 di PWTC, petang semalam.

Irfhan dilahirkan pada 29 Mac lalu secara pembedahan. Menarik, anak sulung Irma ini berkongsi tarikh lahir bersama anak sulung pelakon Ayu Raudhah. Menurut Irma lagi, selain mengacarakan program di saluran TV Al-Hijrah, Assalamualaikum yang bersiaran setiap pagi Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di sepanjang bulan Rmadan ini dia akan mengendalikan program khas bertemakan Ramadan Satu Perjuangan. Selain itu, Irma juga baru menceburi dunia perniagaan busana muslimahnya, Debumas sejak awal Jun lalu. "Baru secara kecil-kecilan. Ini pun kerana atas permintaan ramai. Sebab ramai yang datang kepada saya dan beritahu mereka suka jubah yang saya pakai, mereka tanya saya beli di mana. Saya kata saya design sendiri.


"Jadi sejak dari itu saya terdetik untuk buka perniagaan. Saya design dan kemudian hantar pada tukang jahit. Setiap design eksklusif dan hanya ada tiga warna sahaja. Setakat ni, Allhamdulillah dua dress-jubah rekaan saya dapat sambutan yang mengalakkan. Harganya sekitar RM100 hingga RM200. Kini kami masih dalam proses untuk mengeluarkan stock baru", katanya. Dalam masa sama, Irma bersyukur kerana buku berjudul Smile, nukilannya bersama penulis Zambri Mohd sudah dua kali dicetak dan difahamkan sambutan terhadap jualan buku itu cukup memberangsangkan. Istimewa, bagi yang ingin mendapatkan buku tersebut, sempena Baby & Raya Expo 2013 pada 27 dan 28 Julai ini, kunjungilah booth Irma Hasmie di Dewan Tun Razak 3, PWTC. Selain buku Smile, koleksi terbaru jubah rekaan Irma juga turut dijual. - mD





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!