Wednesday, July 17, 2013

Kajian pelik berkaitan jantina


Kajian pelik berkaitan jantina | Penyelidik Itali mendapati jantina mempengaruhi bagaimana seseorang itu memberi tindak balas ketika sakit dan terdapat lima perbezaan ketara ketika mengadu kesakitan. Kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Padua, Itali menunjukkan simptom biasa yang dialami oleh lelaki yang mengalami serangan jantung ialah kesakitan pada dada dan pada bawah lengan kiri. Manakala wanita pula akan menunjukkan keadaan yang loya dan sakit pada bahagian abdomen. Kajian yang diketuai oleh Profesor Giovannella Baggio mendapati wanita sering menerima rawatan yang tidak sepatutnya ketika menunjukkan simptom berkenaan. "Kajian kami memfokuskan bukti sebenar dan perbezaan yang ketara antara jantina terutama serangan jantung, kanser, penyakit hati, osteoporosis dan juga farmakologi,'' katanya.

Tambah Baggio, penyelidikan perubatan masa kini belum mengetahui sepenuhnya mengenai perbezaan jantina terutamanya apabila menunjukkan simptom-simptom penyakit. "Penyelidikan yang dijalankan sejak 40 tahun lalu hanya memberi fokus secara eksklusif kepada pesakit lelaki.

"Kebiasaannya lelaki yang mengalami serangan jantung akan menunjukkan tanda yang berbeza berbanding wanita yang mengalami serangan jantung,'' ujarnya yang juga merupakan Pengarah Unit Perubatan Dalaman hospital berkenaan. Katanya lagi, walaupun serangan jantung yang dialami oleh golongan perempuan adalah lebih teruk dan rumit, tetapi mereka tidak mendapat rawatan yang sepatutnya seperti electrocardiogram (ECG), ujian diagnostik enzim atau angiografi koronari. Kajian yang disiarkan dalam jurnal Klinikal Kimia dan Perubatan Makmal itu juga memaparkan bagaimana kanser kolon juga memberi kesan yang lebih teruk dalam kehidupan wanita berbanding lelaki. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Kisah Si Dairy on July 17, 2013 at 9:53 AM said...

tak pernah tau pasal nie ...thanks sharing info yang berguna...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!