Lelaki ini sudah berjaya buat kali ke 63 | Pengalaman berdepan situasi isterinya mengalami pertumpahan darah sewaktu melahirkan anak sulung menjadi titik tolak kepada seorang pemandu teksi, di sini untuk menjadi penderma darah tegar. A Moses, 58, kini sudah 63 kali menderma darah dan menjadikan ia sebagai rutin sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menderma. Menurutnya, isterinya tumpah darah pada 11 Disember 1990. "Ketika itu hospital tempat isteri dirawat kehabisan bekalan darah jenis A dan doktor menasihatkan saya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendapati darah saya sesuai dengan isteri. "Sejak dari itu timbul kesedaran untuk terus menderma darah dan gembira kerana isteri serta anak selamat dilahirkan," katanya.
Moses yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori selama 30 tahun berkata, badannya akan berasa kurang selesa dalam tempoh tiga bulan atau kurang jika tidak menderma darah. "Disebabkan itu, setiap tiga bulan sekali saya akan meluangkan masa ke hospital bagi menderma darah atau menyertai mana-mana program anjuran pelbagai pihak.
"Malah ada ketikanya pihak hospital menghubungi saya untuk hadir menderma darah bagi menambah bekalan darah yang semakin berkurangan," katanya. Katanya, walaupun sudah 63 kali menderma darah, dia belum pernah jatuh sakit. “Saya merasakan satu kepuasan apabila dapat menderma darah walaupun saya tidak tahu siapa yang menerimanya. “Pada 2006 lalu, saya juga secara sukarela mendaftar sebagai penderma organ,” katanya. -SH
P/S - Harap2 lulu dapat buat sebanyak uncle ni.. amin
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment