Friday, July 5, 2013

Semoga bayi ini berjaya diselamatkan..



Semoga bayi ini berjaya diselamatkan.. | Pasukan doktor Hospital Doktor Sarjito Yogyakarta di sini sedang melipatgandakan usaha untuk menyelamatkan bayi lelaki berkepala dua yang lahir sembilan hari lalu di Majenang, Cilacap, Jawa Tengah. Dr Ekawaty Lutfia, ketua pasukan doktor yang menangani bayi itu, berkata kesihatan bayi itu belum cukup baik kerana dia mengalami gangguan pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan, media tempatan melaporkan pada Khamis. Bayi lelaki itu, yang merupakan anak kedua pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, penduduk Desa Purwosari, di daerah kecil Wanareja, Cilacap, dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya, Majenang pada pukul 9.25 malam pada Rabu 26 Jun melalui pembedahan.

Kelainan bayi seberat 4.2kg dan panjang 46sm itu ialah ia berkepala dua atau istilah perubatannya disebut 'dicephalus parapagus' dan ia berbeza daripada kembar siam. Dicephalus parapagus ialah keadaan kembar yang bermula dari kepala sampai leher, ia bukan kembar siam kerana bayi itu hanya mempunyai satu organ dalam termasuk kerongkong serta sepasang kaki dan sepasang tangan sahaja. Kes dicephalus parapagus sangat jarang berlaku iaitu satu dalam 200,000 kelahiran namun kes ini pernah berlaku di Indonesia pada tahun 2009 dan 2012. - Bernama





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!