Thursday, September 19, 2013

Akhirnya, selepas 60 hari, mayat Sherul Aizam akhirnya selamat dikebumikan



Akhirnya, selepas 60 hari, mayat Sherul Aizam akhirnya selamat dikebumikan | Jenazah pemuda yang ditemui mati tersepit pada palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya 20 Julai lalu akhirnya dikebumikan oleh keluarganya selepas 60 hari berada di Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam. Jenazah Sherul Aizam, 27, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Selain bapa, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuad, 50, dan ibunya, Salamiah Hasan, 45, dan kaum keluarga terdekat, hampir 30 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat turut sama menghadiri pengkebumian itu. Suasana sedih dan sepi menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila ibu dan adik beradik mangsa dilihat saling berpelukan dan menangis. Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 pagi, mayat Sherul Aizam dituntut Mohd. Damanhuri sebelum disembahyangkan di rumah keluarganya di Manjoi di sini. - Utusan




.

3 Penyokong CHELSEA:

fizafantagiro on September 19, 2013 at 8:16 AM said...

alhamdulillah .akhirnya .semoga arwah tenang di sana.

mamyharraz on September 19, 2013 at 10:59 AM said...

alhamdulillah.
semoga Allah merahmati roh arwah.

Anonymous said...

Nak rahmat apa....sah2 perompakkk!!!!smpai mati pun kt umah jiran dlm keadaan mengaibkan plak tu!!npe bpk dia nk smpan lama sgt,konon2 blh fight kt xourt punca kematian anak dia ke hape??sebab duit bpk sndri snggup siksa anak yg tergendala perjalananya ke alam lain....apa punya bapak lah.....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!