Apa kata pengurus Manchester United, David Moyes diatas kekalahan 1-4 dengan City | Pengurus Manchester United, David Moyes menyifatkan dia seolah-olah ‘dihina oleh pemain sendiri’ selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Manchester City, kelmarin dan meminta mereka segera bangkit meningkatkan prestasi. Tanpa kelibat Robin van Persie yang mengalami kecederaan pangkal paha, ia jelas memberi aksi suram buat United sejak sepak mula dengan City yang mengawal perlawanan membuka jaringan menerusi Sergio Aguero dan Yaya Toure. Aguero dan Samir Nasri melengkapkan empat gol City dalam tempoh 50 minit perlawanan dan Wayne Rooney meledak gol tunggal menerusi sepakan percuma pada penghujung aksi, namun kemenangan itu belum cukup untuk menyamai kemenangan 6-1 City ke atas United pada 2011 di Old Trafford.
Tak pernah derita
Moyes pernah menikmati rekod baik di Stadium Etihad ketika bersama Everton, menang empat daripada enam kunjungan terakhir dan skuadnya menampilkan aksi lebih baik walaupun pemain tidak begitu berkualiti berbanding lawan. “Saya pernah berada di sini bersama Everton banyak kali dan rasanya saya tidak pernah menderita seperti ini,” Ditanya reaksi yang dijangka akan berlaku di bilik persalinan, di padang latihan atau perlawanan akan datang, Moyes berkata: “Semuanya, saya meminta pemain supaya lebih berhati-hati. “Tetapi, jika ditanya kumpulan pemain mana yang paling saya harapkan, tentunya pemain Manchester United. Bagaimana mereka meningkat (bersama Alex Ferguson). Mereka bangkit, dan itulah yang kami lakukan di sini. Setiap pengurus mempunyai hari yang teruk, saya tidak terkecuali,”
Tabik Rooney
Mengenai ketiadaan van Persie, Moyes berkata, kecederaan pemain Belanda itu tidak begitu teruk dan mungkin akan diturunkan menentang Liverpool dalam Piala Liga, esok. “Sangat ketara, kami perlukan van Persie, ia satu kehilangan besar. Tetapi Rooney adalah pemain terbaik di padang. Dia tidak sepatutnya berada dalam pasukan yang kalah,” kata pengurus kelahiran Scotland itu. Sementara itu, Pengurus City, Manuel Pellegrini yang tidak menjangkakan kemenangan besar itu berkata, “Kami tidak berharap menang 4-1 menentang Manchester United. Tetapi paling penting adalah cara kami bermain dan begitu gembira dengan pasukan ini. Ini akan beri keyakinan kepada kami.” - AFP
.
3 Penyokong CHELSEA:
Assalammualaikum... lulu,
kekalahan juga mengajar kita utk bangkit daripada tidur yang lena.. biarlah rasa pedih kekalahan... utk menikmati kejuaraan EPL... huhuh.
Kalah sekali bukan bererti kalah selamanya kan!.. betul x??
mselim3
kalah teruk...kesian
Padan muka...
Post a Comment