Monday, September 16, 2013

Kisah seorang kanak-kanak 4 tahun, yang dijangka hanya punya setahun untuk hidup


Kisah seorang kanak-kanak 4 tahun, yang dijangka hanya punya setahun untuk hidup | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain hanya mempunyai masa setahun untuk hidup selepas dia menghidap tumor setelah kepalanya terhentak akibat terjatuh di rumahnya pada 28 Ogos lalu. Jayden Wilson didapati mempunyai tumor otak peringkat keempat yang boleh membawa maut dalam tempoh kira-kira setahun akibat kecederaan yang dialaminya itu. Bapanya, Wilson berkata, Jayden tidak dapat berdiri dengan betul selepas terjatuh dan membawa anaknya itu ke Hospital North Hampshire untuk menjalani ujian imbasan otak. Jelas Wilson, pada mulanya doktor memaklumkan anaknya menghidap kanser, namun pemeriksaan selanjutnya di Hospital Kanak-kanak Southampton mengesahkan ia adalah tumor.

"Kini Jayden hanya mempunyai masa setahun untuk hidup dan dia kini berusia empat tahun. "Kami tidak akan berputus asa untuk mencari jalan bagi menyelamatkan anak kami supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal," katanya. Terkejut dengan berita menyedihkan itu, ibu bapa Jayden berusaha mencari dana bagi memastikan baki kehidupan anak mereka menjadi istimewa.

Selepas kejadian tersebut, Jayden dipindahkan ke sekolah baharu dan sering menghabiskan masa bersama keluarganya di rumah mereka di Basingstoke. Wilson berkata, mereka sekeluarga tetap berfikiran positif dan berjumpa doktor untuk menerima nasihat bagi melalui detik-detik sukar berkenaan. "Kami diberi pilihan untuk menggunakan rawatan radioterapi ke atas Jayden, tetapi kaedah berkenaan boleh menyebabkan dia menjadi sakit dan boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. "Jika tidak, Jayden akan mati pada bila-bila masa dalam tempoh setahun dan kami tidak tahu keputusan yang mana lebih baik buat anak kami," katanya. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!