Cara unik bantu penghidap arachnophobia elak fobia | Bagi golongan yang takut pada labah-labah atau arachnophobia, perkataan 'sarang' sudah cukup untuk menggerunkan mereka. Malah dalam sesetengah kes yang serius, penghidap arachnophobia boleh mengalami serangan panik disebabkan ketakutan terhadap labah-labah. Namun kini mereka tidak perlu bimbang lagi apabila satu aplikasi dalam telefon pintar boleh membantu golongan terbabit mengatasi perasaan fobia mereka. Aplikasi Phobia Free yang mendapat kelulusan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Britain, berfungsi dengan menampilkan kaedah interaktif baharu melalui gabungan aplikasi permainan dan teknik santai bagi membantu golongan arachnophobia.
Pengguna boleh mencapai kemajuan berdasarkan matlamat yang ditetapkan melalui beberapa peringkat sehingga berjaya mengatasi perasaan takut terhadap labah-labah. Pada peringkat awal, pengguna akan mengatasi masalah fobia dengan melihat labah-labah yang comel dalam bentuk animasi sebelum bertukar menjadi labah-labah berbahaya seperti tarantula. Pengasas aplikasi berkenaan, Andres Fonseca berkata, Phobia Free merupakan cara terbaik membantu pesakit mengatasi masalah fobia yang dialami. "Kelulusan yang diberikan NHS terhadap Phobia Free memudahkan orang ramai mendapatkan aplikasi yang berkualiti kepada mereka," katanya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
canggih2 btl kemudahan skrg ni ye. solehah xtakut labah2, tp solehah tkut tikus. agak2 ada x cara nk bg hilangkn fobia tikus?
Post a Comment