Isu Nasi Kandar Guna Najis Manusia Di Ipoh | Ipoh : Wanita yang mendakwa sebuah kedai nasi kandar popular di sini menggunakan najis dalam penyediaan makanan mereka pada Sabtu membuat permohonan maaf secara terbuka. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, dia tidak sepatutnya membuat dakwaan tidak berasas seperti itu di laman Facebook miliknya. "Saya harap penjelasan saya ini mengakhiri semuanya," katanya. Ze Aida, 24, menerusi akaun Facebook miliknya mendakwa najis manusia ditemui dalam penyediaan 'nasi ganja' iaitu nama samaran bagi nasi kandar yang dijual di kedai kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini.
Menerusi posting yang sudahpun dipadamkan pada Jumaat, dia mengaitkan 'nasi ganja' dengan nasi kandar yang dijual di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini. Sebelum ini dilaporkan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. -Bernama
.
4 Penyokong CHELSEA:
org tu dh minta maaf kan..tu la main sebar je berita
Maksudnya apa? 2-2 kedai xde lah letak 'benda' tu?
Pelik lah..kenapa dia nak cakap camtu kalau takde bukti? dengki? adakah dia juga berniaga nasi kandar tapi tak laku? gitu/ *saya tak baca paper lagi...
Ni msti kes xsiasat habis ni.urmm
Post a Comment