Monday, November 25, 2013

Jovian Mandagie berkongsi kisah persiapan perkahwinannya dengan Nina Sabrina



Jovian Mandagie berkongsi kisah persiapan perkahwinannya dengan Nina Sabrina | Pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya yang merupakan anak Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Nina Sabrina pada 11 Disember ini. Jovaian, 27, dan Nina, 26, telah memilih Muzim Diraja, Istana Negara Lama sebagai lokasi untuk diijabkabulkan. "Kami berbesar hati dapat menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di Istana Negara Lama. Kami dapat mengadakan majlis pernikahan di situ bukanlah kerana pengaruh sesiapa atau sebagainya. Sebaliknya Istana Negara Lama sendiri akan membuka pakej perkahwinan kepada orang awam," ujarnya.

Pasangan ini turut memberitahu bahawa mereka akan mengadakan tiga majlis resepsi di mana resepsi pertama diadakan pada 14 Disember di Hotel Shangri-La bertemakan tradisional Melayu khas untuk jemputan VIP. Manakala resepsi kedua pula akan diadakan pada keesokkan harinya iaitu 15 Disember khas untuk keluarga dan sahabat handai dengan bertemakan tradisional Jawa, dan resepsi ketiga akan diadakan seminggu kemudian di Bera, Pahang khas buat rakyat Bera berikutan ayah Nina merupakan Ahli Parlimen daerah itu. Dalam pada itu, busana yang akan dipakai ketika majlis akad nikah dan resepsi akan direka sendiri oleh Jovain dan adiknya Shims Mandagie.

"Gementar juga saya hendak mereka busana pengantin untuk Nina. Sebenarnya sehingga kini rekaan masih bertukar-tukar. Walaupun dia bakal isteri saya, tapi untuk menghasilkan busana untuknya, saya anggap Nina sebagai pelanggan saya. Saya hormat apa jua rekaan yang Nina suka." Sementara itu, pasangan ini berkata majlis perkahwinan mereka tidak menerima sebarang tajaan langsung. "Kami sendiri yang keluar duit untuk keseluruhan majlis perkahwinan ini. tapi jujur, ada banyak pihak yang menawarkan khidmat mereka. Selagi tidak berbentuk tajaan, kami terima tawaran mereka." Jovian dan Nina yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Dafi mula menjalin hubungan hampir dua tahun lalu yang bermula sebagai kawan baik, kemudiannya sebagai pasangan kekasih. -Gua





.

2 Penyokong CHELSEA:

hasliynda umairah beauty on November 26, 2013 at 6:36 PM said...

tahniah

ain zulkarnaind on November 28, 2013 at 10:33 AM said...

best nya mereka

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!