Kisah sedih, bayi 3 hari yang menjadi mangsa terkini taufan Haiyan di Tacloban, Filipina | Usaha sepasang suami isteri mengepam oksigen dengan pam tangan bagi memastikan anak mereka yang baru berumur tiga hari terus hidup berakhir dengan sia-sia selepas bayi itu meninggal dunia, semalam. Althea Mustacia dipercayai mengalami asfiksia iaitu keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen dalam darah selepas dilahirkan pada 13 November lalu. Sejak Rabu lalu, ibu bapanya terpaksa bergilir-gilir mengepam oksigen tanpa henti selepas dia tidak dapat bernafas seperti biasa berikutan paru-parunya gagal berfungsi.
Menurut laporan AP, Dr Leslie Rosario berkata, bayi itu mungkin dapat diselamatkan jika bekalan kuasa elektrik yang terputus selepas bandar itu akibat dibadai taufan Haiyan kembali pulih beberapa hari lalu. "Althea mungkin tidak mendapat penjagaan pranatal yang sepatutnya selepas dia bersama 23 bayi lain terpaksa dipindahkan dari wad bersalin ke tingkat bawah tanah. "Kami terpaksa memindahkan mereka berikutan banyak peralatan dan kemudahan telah musnah akibat Haiyan," jelasnya lagi. Difahamkan, bilik bawah tanah tersebut hanya diterangi cahaya lilin dan sebuah mentol kecil yang dihidupkan menggunakan generator. -AP
.
2 Penyokong CHELSEA:
ya Allah,,, sedihnya rasa,,, tapi dia dah di syurga.. :'(
Sedih sangat
Post a Comment