Friday, November 29, 2013

Lelaki yang serang pengarah hospital Taiping dengan parang ditemui mati tergantung di rumahnya


Lelaki yang serang pengarah hospital Taiping dengan parang ditemui mati tergantung di rumahnya | Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya. Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab. Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap. Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu. Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.

Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000. Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu. Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya. Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. -MStar




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on November 29, 2013 at 10:04 AM said...

mungkin dia rasa bersalah kot

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!