Sunday, December 29, 2013

Bot karam di dekat Sematan, Sarawak



Bot karam di dekat Sematan, Sarawak | Tindakan pantas pasukan mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan lapan orang penumpang dan juragan sebuah bot yang karam dekat Sematan, sebuah pekan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di sini hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintenden Wong Chee Keong, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari sewaktu bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sematan ke Telok Melano dalam keadaan laut bergelora.

"Pihak polis IPD Lundu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta merta degan bantuan dari Jabatan Bomba dan penduduk tempatan,” katanya semasa dihubungi. Menurutnya kesemua mangsa berjaya diselamatkan menjelang pukul 2.00 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sematan untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama



P/S - Sekadar gambar hiasan



.

2 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on December 29, 2013 at 12:44 PM said...

semoga kembali pulih

ZULHILMI TEMPOYAK on December 29, 2013 at 1:58 PM said...

diharap semuanya ok..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!