Gambar Paul Walker sejurus sebelum terlibat nahas yang membuatkan dia terbunuh | Pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker, dilihat ceria ketika hadir ke majlis amal Winter Drive anjuran pertubuhannya, Reach Out Worldwide, kata seorang ahli perniagaan yang turut menghadiri acara sama, semalam. Bill Townsend dalam laman Facebooknya berkata, dia sempat berjumpa Walker dan mengambil gambar bersama aktor itu kira-kira tiga jam sebelum nahas yang mengorbankkanya.
"Dia kelihatan seronok berbual bersama rakannya. Saya berharap bukan dia yang terlibat dalam kemalangan itu, tapi sekiranya benar, dia telah hidup dengan melakukan perkara yang dia sukai, iaitu memandu kereta.
"Dia amat berdedikasi dalam membantu kanak-kanak serta orang yang tidak berkemampuan. Baru-baru ini juga dia turut serta dalam kerja amal bagi membantu mangsa puting beliung di Midwest serta mangsa Taufan Haiyan di Filipina,'' katanya. Townsend menambah, Walker turut berjaya mengumpul hasil dan menjual produk permainan kanak-kanak dalam majlis amalnya yang mendapat sokongan daripada orang ramai serta rakan-rakannya.
"Itu merupakan hari yang baik untuknya. Dia pasti berasa gembira dengan sokongan yang diberikan,'' katanya. Walker,40, dan rakannya, Roger Rodas, 38, terlibat dalam satu kemalangan maut apabila kereta yang dinaiki mereka melanggar tiang lampu dan pokok sebelum terbakar Sabtu lalu di Hercules Street berhampiran Valencia, California. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
Ciku minat dia ni..:)
Post a Comment