Wednesday, December 4, 2013

Mari lihat anak lelaki Steve Irwin yang kini berusia 10 tahun


Mari lihat anak lelaki Steve Irwin yang kini berusia 10 tahun | Anak kepada bintang Crocodile Hunter Steve Irwin, Robert Irwin meneruskan legasi ayahnya untuk menjadi wira hidupan liar apabila dia buat pertama kalinya memberi makan kepada buaya air masin di Zoo Australia, semalam. Peristiwa bersejarah bersempena majlis sambutan hari lahir Robert ke-10 itu menunjukkan keberaniannya berhadapan dengan reptilia tersebut yang turut disaksikan kakaknya, Bindi Irwin, 15; ibunya, Terri Irwin, 49, serta rakan-rakannya. Robert yang dibantu penjaga zoo berjaya mendekati buaya berkenaan untuk memberi makan ikan segar sebelum disambut dengan sorakan daripada penonton.


Robert dan Bindi kini mengikut jejak langkah Steve selepas kematiannya tujuh tahun lalu akibat disengat ikan pari ketika penggambaran rancangan televisyen di kawasan terumbu karang terkenal Australia. Terdahulu, ayahnya pernah mencetuskan kontroversi apabila dirakam memegang Robert yang ketika itu masih bayi dengan sebelah tangan sambil memberi makan kepada buaya pada Januari 2004. Keluarga Irwin meneruskan usaha Steve untuk memelihara hidupan liar, antaranya menerusi penerbitan buku bersiri Wildlife Adventures oleh Bindi semasa berumur 12 tahun. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!