Penemuan bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa pakaian dan masih bertali pusat | Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan cukup sifat di Lapangan Perdana 19 berhampiran kawasan rumah kedai baharu di Taman Lapangan Setia di sini, Isnin. Chong Lean Fatt yang ketika itu sedang bekerja di kawasan rumah kedai menemui bayi tanpa pakaian itu di satu lorong di kawasan berkenaan pada pukul 10.20 pagi Isnin. Chong berkata pada mulanya dia terdengar bunyi tangisan bayi namun selepas membuat pemeriksaan di kawasan itu dia tidak menemui bayi dan terus menyambung kerja.
"Tangisan bayi itu kemudiannya didengari seorang supervisor (penyelia) yang juga rakan saya. Kami memeriksa di kawasan belakang rumah kedai dan terkejut melihat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa berpakaian dan masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi. Dia kemudian menghubungi polis sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut. Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bayi itu tidak mengalami kecederaan dan kini dalam keadaan stabil. Ahmad Termizi berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan kira-kira tiga jam sebelum dia ditemui. -Bernama
.
5 Penyokong CHELSEA:
Allahuakbar... Sampainya hati seorang ibu biarkan anak dia mcm tu...sayunya hati tengok bb ditinggalkan mcm tu tanpa seurat benang...
ya allah! kesian nengok.. hurm
Ya Allah..kesiannye...mesti sejuk sangat2 baby tu tampa baju or kain lampin...
sampai hati mak budak ni buat kerja macam nih... terima kasih pada orang2 yg prihatin macam depa sebab selamatkan 1 lagi nyawa yg tak berdosa nih...
mintak2 la lepasni dah takde kes macamni. kesian kat bayi.. aduhai..
Post a Comment