Suami terajang isteri kerana ditegur malas bekerja | Angkara menegur suami yang malas bekerja, seorang wanita menerima padah apabila dibelasah, disepak terajang dan ditampar lelaki terbabit. Bukan itu saja, wanita berusia 19 tahun yang mendirikan rumah tangga hampir setahun itu dikatakan sering menjadi mangsa amarah suaminya berusia awal 20-an. Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Putra Heights wanita terbabit dipercayai menegur suaminya yang bekerja sebagai penyelia itu kerana sudah tiga hari tidak bekerja.
“Berikutan teguran itu, suami mangsa dikatakan tidak puas hati menyebabkan berlaku pertengkaran. “Gagal mengawal marah, lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa,” katanya. Berikutan kejadian itu, mangsa dengan segera keluar dari rumah sebelum dinasihati keluarga supaya membuat laporan polis. Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Heights kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi. -HM
P/S - Gambar sekadar hiasan
.
1 Penyokong CHELSEA:
Suami untuk melindungi isteri menjadi kejam dengan isteri..dunia sekarang semuanya dah tak selamaat kan
Post a Comment