Gambar ular sawa Burma sepanjang 5.5 meter, hampir pecah rekod ular terbesar di negeri Florida | Seorang jurutera menjumpai seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 5.5 meter (m) yang hampir memecah rekod ular terbesar di negeri Florida. Dia menjumpai reptilia tersebut semasa sedang memeriksa sebuah tambak di kawasan paya Everglades dekat sini pada Selasa lalu. Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida , ular tersebut memiliki panjang kurang 0.4m daripada ular terbesar yang pernah direkodkan di negeri itu. Ular terbesar di Florida sepanjang 5.9m dan ditemui oleh seorang pengumpul ular di sini pada tahun lalu," kata jurucakap suruhanjaya berkenaan, Katie Johnson.
Spesies sawa Burma yang boleh membesar sehingga melebihi panjang 6m dan berasal dari rantau Asia Tenggara merupakan haiwan pemangsa yang mengganggu ekosistem Everglades. Ular sawa itu membiak dengan cepat ekoran iklim panas lembap di kawasan paya tersebut. Beberapa pegawai berkata, populasi ular sawa Burma di Everglades sudah melebihi 150,000 ekor, sekali gus mengancam spesies tempatan. - Reuters
.
1 Penyokong CHELSEA:
Wah besarnya..mau makan orang ni...
Post a Comment