Monday, February 24, 2014

Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan


Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan | Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan terungkai apabila seorang bayi perempuan tanpa seurat benang dipercayai baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah penduduk di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, di sini, pagi semalam. Kejadian jam 8 pagi disedari penduduk, Musliha Ahmad, 27, selepas terdengar suara tangisan bayi yang disangkakan dari rumah jirannya. Musliha berkata, dia dikejutkan dengan suara bayi di belakang rumah sebelum mendapati seorang bayi perempuan diletakkan di atas lantai di luar dapurnya. “Saya terkejut apabila melihat tubuh seorang bayi perempuan masih hidup dalam keadaan badannya mempunyai kesan darah kering terbaring atas lantai berdekatan penutup najis di belakang rumah sambil dihurungi semut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, akibat panik melihat kejadian ketika itu, dia terus memanggil kakaknya, Sarah, 30, sebelum menghubungi polis dan klinik kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut. Musliha berkata, dia membawa bayi perempuan itu masuk ke dalam rumah dan membersihkan kotoran pada badannya. “Tidak lama kemudian paramedik dari klinik kesihatan tiba dan merawat bayi yang tidak berhenti menangis itu sebelum anggota polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya. Sementara itu, seorang jiran, Ar-Raishy Ahmad, 26, mendakwa dia dan bapanya berusia awal 50-an terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan remaja kira-kira jam 5.30 pagi ketika hendak ke surau berdekatan. -HM




P/S - Sekadar gambar hiasan



.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on February 24, 2014 at 10:43 AM said...

sampai hati kan buang anak mcm tu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!