Remaja dan rakan cedera dibelasah dengan besi, kayu dan wayar kerana cuba cabul gadis | Gara-gara cuba mencabul kehormatan gadis berusia 14 tahun, seorang remaja dan rakannya cedera dibelasah dengan sebatang besi, kayu dan wayar oleh ahli keluarga mangsa dalam kejadian di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi selepas remaja berusia 17 tahun itu ditahan keluarga mangsa di rumah rakannya di Jalan Kurnia, Pengkalan Chepa. Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, kejadian cabul itu berlaku selepas remaja lelaki berkenaan dikatakan membawa mangsa ke rumah rakannya. Suspek dan rakannya sebelum itu mengajak mangsa keluar minum sebelum bertindak membawa gadis tersebut pulang ke rumah rakannya di Jalan Kurnia.
Sebaik tiba di rumah, suspek menarik mangsa masuk ke sebuah bilik, menolaknya ke atas katil sebelum cuba membuka baju dan mencium mangsa, namun ditampar gadis itu," katanya ketika dihubungi. Ekoran itu, suspek membatalkan hasrat mencabul gadis berkenaan, sebelum sempat menghantarnya pulang, bapa gadis itu tiba di rumah berkenaan untuk mengambil mangsa. Beliau memberitahu, tidak lama kemudian enam lelaki yang menaiki dua buah kereta datang mencari remaja terbabit sebelum salah seorang daripada mereka bertindak membelasah mangsa serta rakannya yang berusia 20 tahun.
Mereka kemudiannya dibawa kumpulan lelaki itu ke sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak dan dipukul sekali lagi oleh lelaki sama menggunakan wayar, batang besi serta batang kayu. Remaja itu mendapat cedera di mata, telinga, muka, kepala dan seluruh badan manakala rakannya pula cedera di tangan, kaki dan badan selain terkehel jari kelingking dan jari manis kanan," katanya. Mereka berdua menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan polis masih memburu suspek yang menyerang remaja itu. Remaja terbabit kemudian ditahan untuk membantu siasatan. -Utusan
.
1 Penyokong CHELSEA:
Patutnya hantar ajerlah ke Polis..dah belasah..korang plak yg jadi mangsa..huhu..x pasal2
Post a Comment