Wednesday, February 5, 2014

Serius : 20 juta penduduk Afrika berdepan krisis makanan


Serius : 20 juta penduduk Afrika berdepan krisis makanan | Kira-kira 20 juta penduduk di rantau Sahel di Afrika, bakal berdepan krisis makanan yang serius dengan lima juta kanak-kanak menderita masalah pemakanan yang tidak seimbang ekoran konflik keganasan dan bencana kemarau. Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos berkata, antara negara yang berdepan risiko tersebut termasuk Burkina Faso, Cameroon, Chad, Gambia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria dan Senegal. Amos berkata, lebih ramai penduduk akan mengalami krisis makanan ekoran jumlah keperluan yang masih tinggi diperlukan sehingga tiada agensi atau pertubuhan kemanusiaan mampu mengatasi masalah tersebut. Jelasnya, PBB memerlukan bantuan sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini bagi mengatasi krisis itu melalui pelan khas yang dilancarkan di Rom, Itali hari ini.

"Berdasarkan laporan, sebanyak lima juta kanak-kanak berusia seawal lima tahun akan berdepan masalah pemakanan tidak seimbang jika krisis berkenaan dibiarkan. "Satu usaha khas melalui pelan tersebut akan dilaksanakan di rantau terbabit bagi mengatasi masalah utama iaitu kekurangan bekalan makanan, pemakanan tidak seimbang, wabak, konflik keganasan, pelarian dan bencana," katanya. Menurut Amos, pelan selama tiga tahun itu bertujuan meneliti dan menganalisis risiko serta kelemahan program bantuan kemanusiaan sebagai tindak balas terhadap petanda awal dan menyampaikan bantuan kepada penduduk di rantau Sahel yang terjejas akibat aktiviti pengganas yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda. "Peningkatan masalah kekurangan bekalan makanan di Sahel sudah dijangka. "Misi menyelamatkan nyawa penduduk di rantau terbabit menjadi langkah penting dalam misi kemanusiaan PBB," katanya. - AGENSI/DPA





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!