Tuesday, March 4, 2014

Apa yang pendaki Gunung Everest harus buat ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu?



Apa yang pendaki Gunung Everest harus buat ketika mendaki gunung tertinggi di dunia itu? | Pejabat Renjer Banjaran Himalaya di sini akan memaksa para pendaki Gunung Everest membawa turun lapan kilogram sampah di bawah peraturan baru permit daki dalam usaha Kerajaan Nepal untuk membersihkan banjaran itu. Peraturan baru itu buat permulaan akan dikenakan kepada pendaki yang menuju ke khemah induk Everest mulai April ini. Menurut pegawai dari Kementerian Pelancongan Nepal, Madhusudan Burlakoti, kerajaannya membuat keputusan itu sebagai satu cara untuk membersihkan banjaran Everest daripada timbunan sampah terutamanya tangki oksigen kosong yang semakin bertimbun. Kata Burlakoti, pendaki yang gagal berbuat demikian akan tertakluk kepada tindakan undang-undang.


Bagaimanapun masih belum jelas, apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar - sama ada penalti atau hukuman lain dari itu. Everest bukan sahaja menjadi 'tong sampah' kepada peralatan yang digunakan sewaktu mendaki malah ia menjadi tempat peninggalan mayat kerana mereka yang terbunuh sewaktu pendakian tidak pernah dibawa pulang kerana mayat tidak reput dalam kesejukan yang ekstrem. Sebagai permulaan satu kawasan pengumpulan sampah akan ditempatkan di khemah induk yang mana setiap anggota ekspedisi akan disyaratkan membawa turun lapan kilogram sampah ke tempat yang disediakan itu. Musim mendaki Everest biasanya bermula pada April dan Mei.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!