Monday, June 2, 2014

Akibat tidak henti-henti menggunakan telefon pintar


Akibat tidak henti-henti menggunakan telefon pintar | Seorang lelaki mengalami masalah penglihatan selepas menghabiskan masa terlalu lama menghantar pesanan ringkas telefon bimbit dalam gelap. Lelaki tidak dikenali berusia 26 tahun itu mendakwa, dia mula melihat ‘cahaya’ depan matanya selepas beberapa jam menggunakan WeChat. Sumber berkata, lelaki terbabit tidak henti-henti menggunakan telefon pintarnya di mana saja dia berada, sama ada di pejabat, di atas katil dan dalam gelap. Bimbang dengan apa yang berlaku, dia mendapatkan rawatan doktor.

Malangnya, ia terlambat kerana doktor mengesahkan retina kirinya terpisah sepenuhnya. Lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan dan mungkin bernasib baik jika penglihatannya kembali pulih. Pakar mata Yu Bin berkata, walaupun kes itu dianggap ekstrem. Dia juga berkata, pemisahan retina kerap berlaku dalam dalam kalangan orang lebih tua. “Bagaimanapun umur purata pesakit berubah kerana aktiviti melampau telefon berkenaan dipelopori orang lebih muda,” katanya. - Agensi




.

2 Penyokong CHELSEA:

Yanty Lee on June 2, 2014 at 5:57 PM said...

Nowadays , memang semua orang not even youngster je , sangat anti social. everywhere and at any time takleh pisah langsung dengan gadjet. ini la padahnya.

nurizan ahmad on June 2, 2014 at 10:23 PM said...

bila kita terlalu berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu pasti akan mengakibatkan sesuatu yg tidak baik..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!