Majlis tetap diteruskan walaupun kenduri kahwin bertukar tahlil | Keluarga Nur Faizah Muhammad Rejab, tunang Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah, menggantikan majlis kenduri yang berlangsung hari ini kepada majlis tahlil untuk Allahyarham. Majlis itu berlangsung mulai 11 pagi di rumah ibu bapa Nur Faizah di Kampung Batas Paid, Jalan Kuala Kedah di sini dan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu. Turut hadir anggota keluarga Allahyarham Mohd Azuan dari Johor. Bapa Nur Faizah, Muhammad Rejab Che Man, 61, berkata majlis tahlil itu bertujuan mendoakan kesejahteraan Mohd Azuan.
"Kami sekeluarga mahu kenduri ini diteruskan dan ditukar ke majlis tahlil untuk arwah. "Saya anggap arwah seperti anak saya sendiri dan berharap ikatan yang terjalin antara kedua-dua keluarga dapat diteruskan selepas ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Pada 25 Mei lepas, Mohd Azuan, 25, dari Unit Rondaan Bermotosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah ketika menjalankan tugas di Bagai Serai, Perak. - Bernama
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment