Monday, January 12, 2015

Kerana mabuk, lelaki ini mengalami pengalaman ngeri dihadapan kawan-kawannya



Kerana mabuk, lelaki ini mengalami pengalaman ngeri dihadapan kawan-kawannya  | Apa yang terjadi kepada seorang pemuda yang bernama, Ajay Dora, 29 tahun yang berasal dari Banswara di Utara India ini betul-betul mengerikan. Kisahnya bermula apabila Ajay sedang dalam perjalanan pulang bersama kawan-kawannya selepas menyambut ‘parti arak’ di salah sebuah bangunan , namun begitu, tidak semena-mena Ajay telah tergelincir dan jatuh 20 kaki menghadap besi.. Dia bernasib baik kerana besi berkenaan tidak mengenai jantung… Namun apa yang mengerikan, besi itu terkena usus dan dubur…


Dalam keadaan mabuk, dia mengakui tidak merasa sakit dengan keadaan itu. Ajay telah dibawa ke hospital dan pihak doktor terus menggunakan alat pemotong khas untuk mengeluarkan besi itu dengan selamat. Ahli keluarga Ajay kelihatan sedih melihat keadaan anak mereka,tetapi mereka juga marah kerana Ajay suka sangat mabuk.. Sehingga kini, Ajay masih lagi menjalankan rawatan untuk membolehkan dia berjalan seperti sediakala. AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!